jobs from my.neuvoo.com

13 September, 2015

Hari-hari terpaksa layan individu bogel...

LONDON – Memang menyakitkan hati. Itu yang dialami oleh kakitangan di sebuah syarikat apabila setiap hari mereka terpaksa menyaksikan kerenah seorang lelaki yang berbogel ketika berjemur di balkoni pangsapurinya.

Apa yang menjadi masalah ialah balkoni itu terletak berhadapan sahaja dengan pejabat syarikat terbabit.

Menurut salah seorang pekerja syarikat itu, Sharon, dia terpaksa merakamkan gambar berkenaan dan beri kepada akhbar Manchester Evening News supaya lelaki itu akan menyedari bahawa tindakannya berbogel amat buruk.

“Pada mulanya ia agak kelakar dan saya sangkakan ia mungkin sekadar gurauan. Selalunya dia memakai seluar dalam sahaja tetapi hari ini dia langsung berbogel bulat.

“Anda tidak mahu melihat keadaan tersebut setiap hari dan keadaan ini berlarutan sejak tiga bulan lalu,’’ kata Sharon yang enggan mendedahkan nama syarikatnya itu.

Beliau berkata sesuatu yang malang kerana mereka terpaksa mengadap keadaan berkenaan setiap hari serta berharap agar ada pihak yang datang dan meminta lelaki itu menutup badannya.

Sharon bagaimanapun menyifatkan lokasi kerjanya itu sebagai menarik kerana banyak perkara berlaku termasuk serbuan polis di kawasan berhampiran dan orang bermain judi haram di situ. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon