jobs from my.neuvoo.com

15 September, 2015

Jerebu: S’pura Minta Nama Syarikat Lakukan Pembakaran

SINGAPURA — Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan hari ini, berbincang dengan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr Siti Nurbaya Bakar, sebagai susulan kepada suratnya minggu lepas.

Dalam satu kenyataan, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata Balakrishnan melahirkan kebimbangan terhadap keadaan jerebu yang teruk, dan mengulangi tawaran bantuan Singapura kepada Indonesia.

Siti Nurbaya menjelaskan bahawa pihak berkuasa Indonesia telahpun menggunakan pelbagai sumber termasuk pesawat dan helikopter serta tentera dan polis, untuk mengawal kebakaran dan menguatkuasakan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau akan berunding dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, yang secara peribadi memantau kembali mengenai tawaran Singapura itu.

Siti Nurbaya juga bersetuju dengan permintaan Balakrishnan untuk Indonesia berkongsi maklumat mengenai nama syarikat yang disyaki menyebabkan kebakaran, sebaik sahaja mereka dapat mengesahkan maklumat dengan membuat pengesahan.

Singapura dan beberapa kawasan di Malaysia kini dilanda jerebu berikutan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

Sementara itu, NEA berkata sehinga 7 malam ini, indeks standard pencemaran (PSI) ialah 121-152, dalam lingkungan rendah kepada pertengahan tidak sihat dan zarah terampai (PM) yang terdapat di udara ialah 97-195 µg/m3.

Sepanjang hari ini dan esok, angin diramalkan bertiup dari barat daya dan keadaan jerebu sekarang dijangka berterusan.– BERNAMA


EmoticonEmoticon