jobs from my.neuvoo.com

14 September, 2015

Kantoi maksiat dengan Tok Imam

RAKAMAN CCTV menunjukkan tiga suspek cuba memecah tabung masjid.
Nilai: Tiga penjenayah dikesan menggunakan pelbagai cara untuk memecahkan tabung Masjid Lama Nilai, di sini, namun semuanya gagal sebelum perbuatan mereka disedari imam masjid terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, perbuatan penjenayah terbabit sedang memecah dan mengumpil tabung masjid berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah ibadat itu.

Setiausaha masjid itu, Mohamed Kassim Mohamed Ghani, 45, berkata, berdasarkan rakaman CCTV, empat lelaki yang menunggang dua motosikal berhenti di luar pagar belakang sebelum tiga daripada mereka memakai topi keledar penuh memasuki masjid.

“Mereka cuba mengumpil jeriji pada pintu tabung, namun gagal sebelum memecahkan bahagian simen tabung. Pelbagai cara dilakukan termasuk menjolok besi melalui lubang tabung itu, namun semuanya gagal.

“Seorang suspek kemudian cuba masuk dalam masjid dengan menendang pintu, tetapi tindakannya itu juga tidak berhasil. Imam yang kebetulan tidur dalam masjid mendengar bunyi bising dan melihat tiga lelaki itu lalu segera menghubungi saya,” katanya.


EmoticonEmoticon