jobs from my.neuvoo.com

04 September, 2015

Kelayakan Piala Dunia: Timur Tengah kenduri berpuluh gol tewaskan Asia Tenggara

PEMAIN Korea Selatan, Son Heung-min (kanan) merembat lalu membolosi gawang Laos untuk gol pertama pasukannya pada perlawanan Kumpulan G siri kelayakan Piala Dunia 2018, di Korea Selatan, malam tadi. Korea menang 8-0. - Foto AP
HONG KONG: Selain skuad Harimau Malaya, turut menerima nasib hampir sama di kalangan negara Asia Tenggara pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 malam tadi adalah Myanmar, Laos dan Timor Leste.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) kenduri gol ke atas skuad bimbingan Dollah Salleh 10-0 di Abu Dhabi pada aksi Kumpulan A.

Myanmar pula dibelasah 9-0 oleh Kuwait di gelanggang lawannya itu pada saingan Kumpulan G Laos yang turut berada di kumpulan sama terkapai-kapai dibelasah Korea Selatan 8-0 di tempat lawannya.

Timor Leste pula dibelasah Arab Saudi, 7-0 di laman lawannya itu dalam saingan Kumpulan A

Begitupun, keputusan dengan jaringan terbesar malam tadi adalah membabitkan saingan Kumpulan C yang menyaksikan Qatar kenduri gol membelasah Bhutan, 15-0.

Satu lagi pasukan Asia Tenggara, Kemboja bagaimanapun hanya ditewaskan 3-0 oleh bekas juara Asia, Jepun manakala Singapura tunduk 1-0 kepada Syria pada saingan Kumpulan E.

Berikut adalah keputusan penuh semua perlawanan kelayakan bagi Zon Asia:

KUMPULAN A

UAE 10 (Mohannad Salim m-16, Ali Ahmed Makhbout m-22, m-33, m-75, Ahmed Khalil m-24, m-29, m-71, m-78, Habib Abdullah m-25, Mohamed Ahmed m-37) MALAYSIA 0

ARAB SAUDI 7 (Yehya al-Shahri m-3, Mohamed al-Sahlawi m-23-pen, m-26, m-71, Salman al-Faraj m-30, Tasir al-Jassim m-33, Fahad al-Muwallad m-73)
TIMOR LESTE 0

KUMPULAN B

AUSTRALIA 5 (Leckie m-6, Rogic m-8, m-20-gs, Burns m-29, Mooy m-61)
BANGLADESH 0

JORDAN 0
KYRGYZSTAN 0

KUMPULAN C

CHINA 0
HONG KONG 0

QATAR 15 (Mohamed Mousa m-8, m-27, Mohamed Kasola m-18, Ali Asadalla m-20,m-45, m-63, Hassan Khalid m-26, m-87, Mohammed Muntari m-38, m-41, m-48, Akram Afif m-56, Boualem Khoukhi m-61, m-69, Ismail Mohamed m-75)
BHUTAN 0

KUMPULAN D

IRAN 6 (A Dejagah m-10-pen, M Taremi m-31, m-65, S Azmoun m-34, m-41, M Torabi m-89)
GUAM 0

OMAN 3 (Raeed Saleh m-7, M Saparow m-10 gs, Emad al-Hosani m-59)
TURKEMINSTAN 1 (A Amanow, m-83)

KUMPULAN E

JEPUN 3 (Honda m-28, Yoshida m-50, Kagawa m-61)
KEMBOJA 0

SYRIA 1 (Oday al-Jafal m-60)
SINGAPURA 0

KUMPULAN F

IRAQ 5 (Ali Adnan m-37, Ali Husni m-59, Ahmed Yasin m-80, Younis Mahmoud m-88, Justin Meran m-90+1-pen)
CHINESE TAIPEI 1 (Wen Chih-Hao m-86)

KUMPULAN G

KOREA SELATAN 8 (Lee Chung-Yong m-9, Son m-12, m-74, m-81, Kwon m-30, m-75, Suk m-57, Lee Jae-Sung m-90+4)
LAOS 0

KUWAIT 9 (Yousuf Nasser m-10, 18, Ali al-Maqseed m-12, Faisal al-Harbi m-46, Zaw Min Tun m-57-gs Abdulazia al-Mishan m-61, Bader al-Mutawa 69-pen, m-89, 90+3)
MYANMAR 0

KUMPULAN H

UZBEKISTAN 1 (A Geynrikh m-51)
YEMEN 0

BAHRAIN 0
KOREA UTARA 1 (Gwan il-Jong m-41) - AFP


EmoticonEmoticon