jobs from my.neuvoo.com

08 September, 2015

Kisah sayu gadis mangsa noda lelaki mabuk hingga hamil...


Seorang netizen telah berkongsi kisah duka seorang wanita yang menjadi mangsa noda seorang lelaki mabuk dan hamil. Beberapa pengajaran boleh di ambil dari kisah ini serta pertolongan yang boleh dihulurkan.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua..

Cik As (bukan nama sebenar). 22thn. Sejarah latarbelakangnya mungkin kurang manis untuk diperkatakan. Itu kisah silamnya, saya tidak mahu menulis tentang itu.

9 bulan lepas As dirogol seorang lelaki mabuk dan dia hamil. Bermula episod duka. Dia dibuang keluarga. Lalu sahabat saya Vimmi Yasmin Razak bawa dan tempatkan di rumah perlindungan RUMAH KITA.

12 hari lepas, As melahirkan bayi diberi nama Nurul Rania. Rania lahir dengan komplikasi jantung yang serius. Meskipun Rania bukan dari benih cinta, dia dilahirkan hasil angkara nafsu jahat lelaki, tetapi As menjaga kandungannya sehingga Rania selamat dilahirkan.

12 hari anak syurga ini berjuang, hari ni Allah jemput dia untuk menghuni syurga. Kalian wajar memuji tindakan As kerana tidak memilih untuk mengugurkan kandungannya, atau lari dan bersembunyi kemudian buang bayinya dalam tong sampah atau kerat dan flush dalam jamban.

As bertahan emosinya sehingga anak ini dilahirkan walau telah dibuang keluarga. Dan dia menyayangi Rania sehingga hujung nyawa anak syurga ini. Sebak saya menulis ni.

Kini, kawan-kawan di RUMAH KITA dan Vimmi sedang menguruskan pengkebumian Rania, mahu hantarkan anak ini ke syurga. Mereka mengutip duit untuk membayar kos rawatan Rania sepanjang 12 hari dan untuk pengkebumian ini. Sehingga kini duit masih belum cukup.

Sudikah kalian membantu rakan-rakan di RUMAH KITA? Kalau sudi mohon sedekah sedikit sumbangan kalian untuk mereka. Boleh bank in ke akaun Maybank VimmiYasmin Razak. No akaun 1140 5787 1591. Mereka perlukan bantuan, bukan untuk kes ini sahaja, ada lagi kes-kes lain. Mohon kalian sudi membantu.. Bantuan kalian amat-amat kami perlu.

Kalau duit utk perkara ini sudah cukup, izinkan kami gunakan duit sumbangan kalian untuk membantu beberapa lagi anak-anak malang di RUMAH KITA. Ada baby kembar eczema teruk juga memerlukan rawatan.

Dalam foto ni baby Rania damai menuju syurga.

Last!!

Ibu ayah. Andai...ku bilang andai...tetapi mohon dijauhkan. Andai perkara2 begini berlaku pada anak-anak, adik-adik mohon jangan dibuang mereka ye. Terimalah anak-anak kita buruk dan baik mereka. Jangan kita sokong dan meraikan mereka ketika mereka berjaya, ketika mereka jatuh, berdarah angkara kesilapan salah susun langkah mereka, bersama-samalah mereka ya.. kalau kena bimbingannya mereka akan menjadi jauh lebih baik dan menghargai orang tua mereka kerana sentiasa ada bersama-sama mereka.

Mati esok kita tidak ditanya apa sikap kita dengan jiran tetangga. Buang anak sebab malu dengan jiran-jiran rakan-rakan? Kita ditanya bagaimana kita melayani anak-anak kita..
Kisah duka seorang wanita. Cik As (bukan nama sebenar). 22thn. Sejarah latarbelakangnya mungkin kurang manis untuk...
Posted by Pnut Syafinaz on Sunday, 6 September 2015


EmoticonEmoticon