jobs from my.neuvoo.com

27 September, 2015

Kota Suci Makkah dipenuhi pusat pelacuran, kenyataan Saiful Nang dikutuk netizen

Dek kerana ghairah mendedahkan sesuatu yang menjengkelkan, seorang jurufoto terkenal tempatan, Saiful Nang kini menjadi bahan kutukan netizen di serata laman sosial terutama di laman Facebooknya.

Semuanya gara-gara pendedahan beliau mengenai pusat pelacuran yang ada di Kota Suci Mekah yang kononnya diperolehi setelah berada di sana untuk melakukan siasatan.

Pada awalnya, beliau meungkin berpendapat pendedahannya itu akan menaikkan lagi imej "bersih" beliau sebagai seorang jurufoto tersohor yang berjaya serta pakar motivasi yang hebat. Namun tindakan beliau kali ini mendapat kutukan peminat, serta netizen yang lain.

Walaupun entry tersebut telah pun dipadam oleh beliau, namun ada yang sempat 'print skrin' tulisan beliau. Berikut adalah tulisan beliau sebelum ini:

Tulisan beliau juga mendapat respon daripada Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan beliau menulis di laman FBNYA:

USAH SEBAR STATUS FB DAN WHATSAPP SEORANG PHOTOGRAPHER YANG MENDAKWA MAKKAH ADA RUMAH PELACURAN.

Nasihat saya kepada mereka yang membaca status FB seorang photographer dan blogger yang mendakwa banyak rumah-rumah pelacuran di sekitar Makkah, usah share di FB masing-masing.

Jangan cemari wall FB kalian dengan status yang kotor. Status yang boleh merendah-rendahkan Tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.

Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini.

Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa...

Sesungguhnya membuka dan menyebar keaiban saudara seIslam adalah sifat munafiq.

Apatah lagi keaiban yang direka cipta dengan tujuan memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan dua tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azah siksa yang tidak terperi pedihnya, di dunia dan di akhirat. Dan ingatlah Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (surah al-Nur: 19)

(Nasihat daripada sahabat saya Ustaz Lokmanulhakim)
USAH SEBAR STATUS FB DAN WHATSAPP SEORANG PHOTOGRAPHER YANG MENDAKWA MAKKAH ADA RUMAH PELACURAN.Nasihat saya kepada...
Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Friday, 25 September 2015

Setelah memadam entry tersebut, Saiful Nang memuatnaik status memaklumkan entry tersebut telah dipadam, tetapi tiada permohonan maaf dibuat. Berikut adalah entry beliau:
Bagi menghormati perasaan dan keharmonian perasaan pembaca tentang pendedahan sisi gelap Haramain, saya dengan ini telah padamkan post Muhassabah Bencana Tanah Haram 1.

Perkara ini bukanlah perkara baru dan tidak diketahui cuma sebahagian kita tidak mampu menerima kenyataan-kenyataan yang pahit sebegini.

Terima kasih

SN
Bagi menghormati perasaan dan keharmonian perasaan pembaca tentang pendedahan sisi gelap Haramain, saya dengan ini telah...
Posted by Saiful Nang on Friday, 25 September 2015
Ada yang berpendapat, Saiful Nang kini hanyut dengan popularitinya hingga cuba mencari perkara yang lebih sensasi untuk semua orang lebih mengenalinya sebagai seorang jurufoto muslim yang hebat. Malah ada yang menyesal kerana mempercayai kisah-kisah hidup beliau yang susah sebelum ini sebelum menempa kejayaan seperti sekarang.



EmoticonEmoticon