jobs from my.neuvoo.com

05 September, 2015

Letak jawatan: Ini keputusan saya, bukan dipaksa - Dollah Salleh

SEPANG: Keputusan Dollah Salleh untuk melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan hari ini tidak disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.

Katanya, tiada jurulatih mampu berdepan dengan kekalahan besar seperti terjadi kepada Harimau Malaya yang tewas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Tiada tekanan. Kalau ikut pada mana-mana jurulatih pun dengan kekalahan seperti ini, perkara ini datang dengan sendirinya dalam kepala otak.

"Bila benda itu berlaku, automatik saya terus menghubungi Datuk Hamidin (Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM) untuk buat keputusan.

"Namun Datuk Hamdin suruh saya sabar dulu. Dan selepas berbincang pagi ini, kedua-dua buat kata putus dan mereka lepaskan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di KLIA dari UAE malam tadi.

Kekalahan besar Malaysia kepada UAE mencetus reaksi berang ramai pihak dan antara yang lantang menuntut Dollah dipecat ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mengulas sama ada dia terkilan kerana seakan dipersalahkan sepenuhnya, Dollah mengakui ia lumrah bola sepak.

"Ini adalah bola sepak. Nampaknya tumpuan ke arah jurulatih. Saya terima dan tidak boleh salahkan sesiapa, saya terima," katanya. Mengenai aksi longlai pemainnya, Dollah enggan mengulas lanjut.

"Agak-agaknya kamu semua tengok sendiri. Saya sudah jangka kalah tapi terperanjat ia berlaku seperti begitu sekali. Saya lihat semuanya tidak menjadi," katanya.


EmoticonEmoticon