jobs from my.neuvoo.com

05 September, 2015

Letak jawatan: Peminat bola sepak puji, hargai Dollah Salleh

KUALA LUMPUR: Netizen memuji sikap bertanggungjawab ketua jurulatih skuad bola sepak negara Dollah Salleh yang mengambil keputusan untuk meletak jawatan dengan serta-merta susulan kekalahan Malaysia 0-10 kepada UAE.

"Saya mengambil tanggungjawab ini, saya letak jawatan," kata Dollah di KLIA setibanya bersama pasukan bola sepak kebangsaan pada Jumaat.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri 1-1 menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menamatkan perkhidmatan jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh dan mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkualiti.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut menyatakan kesediaan untuk memberikan bajet bagi membiayai jurulatih asing berkenaan.
Menerusi satu tinjauan Astro AWANI, peminat bola tanahair meluahkan rasa terkejut, sakit hati, kecewa dan sedih susulan kekalahan skuad Harimau Malaya.



EmoticonEmoticon