jobs from my.neuvoo.com

07 September, 2015

PAS isytihar perang ke atas DAP

SEREMBAN, Isnin – PAS hari ini mengistiharkan perang terhadap parti rasis dan cauvinis, DAP, setelah lama dalam gabungan pembangkang dengan bersedia meletakkan calonnya bertanding kerusi yang ditandingi parti berasaskan perkauman itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS kini sedang meneliti mengenai rancangan itu, termasuk pemilihan calon yang difikirkan sesuai bertanding di kerusi berkenaan.

Katanya, calon bukan Islam yang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS akan mewakili parti bertanding di kerusi yang sudah ditetapkan nanti.

“Apabila kita sudah tidak ada kerjasama dengan DAP sekarang ini, sudah pasti PRU akan datang mempunyai perhitungan lain daripada yang lalu.

“PAS tidak akan teragak-agak untuk menempatkan calon, malah kini di peringkat kajian mendalam bersama Jawatankuasa Pilihanaraya PAS dan pimpinan pusat untuk meletakkan calon bukan Islam bagi mewakili parti kita.

“Saya yakin ada ramai wakil daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS yang layak serta boleh diketengahkan menjadi calon PAS nanti.

“Mengikut hukum syariat Islam berbeza dengan ideologi lain, Islam boleh melantik orang bukan Islam sebagai menteri, bagaimanapun dari aspek eksekutif bukan pembuat dasar,” kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika ditemui pada program Himpunan Istiqamah PAS di Melang Inn di Seremban, semalam.

Abdul Hadi berkata, tidak salah jika calon bukan Islam hendak mewakili PAS jika menyokong perjuangan parti.

DAP dan PAS sebelum ini, menamatkan kerjasama politik setelah berlakunya perbalahan di antara dua parti dalam beberapa perkara ketika berada di dalam pakatan rakyat.


EmoticonEmoticon