jobs from my.neuvoo.com

07 September, 2015

Pijak Gambar Hadi Tak Jejas Kententeraman Awam – DAP

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap tidak profesional kerana mahu mengambil tindakan ke atas peserta Bersih 4.0 yang melakukan upacara memijak-mijak gambar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PDRM tidak sepatutnya mengambil peduli tentang perbuatan memijak gambar Hadi dan Najib ketika perhimpunan haram bagi mendesak tukar kerajaan baru-baru ini.

“Mengapa PDRM menjadikan insiden memijak gambar sebagai perkara penting malah menawarkan ganjaran kepada mereka yang dapat memberi maklumat hingga membawa kepada penangkapan peserta Bersih 4.0 terbabit.

“Polis bertindak melampau kerana perbuatan memijak gambar Presiden PAS dan Perdana Menteri itu langsung tidak menganggu keamanan awam,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay, gagal meraih sokongan ramai rakyat Malaysia.

Perhimpunan itu turut didominasi oleh kaum Cina berbeza dengan beberapa perhimpunan Bersih yang dianjurkan sebelum ini.

Peserta perhimpunan itu yang majoritinya penyokong parti pembangkang telah bertindak biadap dengan memijak-mijak gambar Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam) Sedunia dalam satu upacara semasa perhimpunan haram itu berlangsung. – Mynewshub.cc


EmoticonEmoticon