jobs from my.neuvoo.com

08 September, 2015

Seks dengan kuda, hingga kuda cedera parah...gila!

GILA, seorang bapa kepada tiga anak telah ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan kuda, dalam kes yang mengejutkan penduduk di Norfolk.

Lelaki itu, Alan Blackman, 31, ditangkap selepas binatang itu cedera hingga terpaksa dirawat oleh veterinar di sebuah ladang, semalam.

Perlakuan kejinya itu berjaya dikesan selepas CCTV merakamkan perbuatan terkutuk itu.

Blackman sebelum ini tidak mengaku melakukan perbuatan itu dan mendakwa gambarnya yang tersebar di media sosial adalah satu kesilapan dan salah orang.

Bagaimanapun ketika dihadapkan di mahkamah semalam, dia mengaku salah dan hukuman ke atasnya akan dijatuhkan pada 23 Oktober ini.

Hakim Stephen Holt ketika menundakan hukuman berkenaan berkata, memandangkan Blackman mengaku salah sebelum perbicaraan diadakan, maka mahkamah ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya

“Ia adalah kes di mana laporan pakar psikiatrik amat diperlukan,’’ kata hakim.


EmoticonEmoticon