jobs from my.neuvoo.com

11 September, 2015

Siasat punya siasat, anak sendiri lakukan seks dengan isteri klien!

ALANGKAH terkejutnya seorang penyiasat persendirian apabila mengetahui wanita yang diekorinya rupa-rupanya menjalinkan hubungan sulit dengan anak lelakinya yang masih lagi bersekolah.

Penyiasat itu asalnya diupah oleh seorang lelaki yang mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit lantas dia perlu mengekori wanita terbabit untuk mencari kepastian bagi pihak pelanggannya.

Namun, penyiasat yang dirahsiakan identitinya itu kemudian menyedari wanita berkenaan, Amber Telford, 33 tahun; sebenarnya menjalinkan hubungan seks dengan anaknya sendiri!

Satu kebetulan yang memeritkan buat kedua-dua penyiasat dan suami wanita itu sendiri.

Menurut pelanggannya, dia mengesyaki isterinya menjalin hubungan terlarang selepas menyedari wanita itu banyak membeli pakaian untuk remaja lelaki dan membeli tiket taman tema popular, Disneyland.

Susulan menjalin hubungan seks dengan budak bawah umur, Amber, seorang guru tari, namun telah dipenjara selama 33 hari dan diarahkan menjalani khidmat komuniti selama 150 jam. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon