jobs from my.neuvoo.com

01 September, 2015

Suami cekup warga Kemboja perkosa isteri dalam semak

Kuala Lumpur: Seorang peniaga yang berang selepas menerima berita isterinya dibelasah dan dirogol seorang lelaki warga Kemboja menahan suspek di sebuah premis kafe Internet selepas lebih dua jam menjejaki lelaki itu.

Sumber berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun mendapat tahu mengenai kejadian itu daripada seorang rakan yang terserempak dengan isterinya yang dicampak ke dalam semak berhampiran rumah mereka di Klang, Selangor.

Katanya, dalam kejadian jam 8 pagi Khamis lalu, mangsa ditegur seorang lelaki yang dikenalinya ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit.

“Mangsa yang berusia 20-an itu dipukul dan dirogol sebelum ditinggalkan di dalam semak. Rakan suami mangsa yang kebetulan melalui kawasan itu menemuinya dalam keadaan lemah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74433#sthash.VCRbVdAP.dpuf


EmoticonEmoticon