jobs from my.neuvoo.com

18 September, 2015

Tampar imam, suspek dedah mengapa beliau bertindak sedemikian

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki warganegara India berikutan tindakannya menampar imam Masjid Negara tengahari tadi ketika solat Jumaat berlangsung.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, ketika kejadian lelaki berkenaan yang berada di saf kedua mara ke hadapan dan menolak mangsa sambil merampas pembesar suara sebelum menampar mangsa serta mengambil alih tempat imam untuk mengimamkan solat.

“Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.

“Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika imam terbabit sedang membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama, apabila seorang lelaki menerpa ke hadapan dan menampar imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim.

Menurutnya orang ramai yang terganggu dengan kejadian itu kemudiannya menangkap lelaki berkenaan. Berikutan itu, solat Jumaat terpaksa diadakan semula sejurus selepas suspek ditahan.


EmoticonEmoticon