jobs from my.neuvoo.com

07 September, 2015

Tengku Abdullah umum akan lepaskan jawatan Presiden FAM

KUANTAN: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM) kepada individu lain yang lebih layak dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Katanya, keputusan itu diambil susulan kekalahan memalukan skuad negara 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi pada Khamis lalu.

"Saya minta FAM melantik Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah sebagai Pemangku Presiden untuk memantau skuad bola sepak negara bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2023.

"Buat masa ini... saya masih layak memegang jawatan Presiden secara merit sehingga 2018 dan selepas itu... saya akan lepaskan jawatan yang saya pegang," katanya.

Tengku Abdullah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Perkhidmatan Kardiototorasik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/80147


Berita lanjut menyusul.



EmoticonEmoticon