jobs from my.neuvoo.com

04 September, 2015

Terlalu Seksi, Model Bogel Ini Diboikot Snapchat

LONDON — Seorang model majalah bogel, Chelsea Ferguson, terpaksa ‘diboikot’ daripada muncul menerusi laman sosial Snapchat gara-gara sering memuat naik foto dirinya yang terlalu seksi, lapor media tempatan.

Wanita muda Britain ini dianggap sengaja mempamerkan kemontokan tubuhnya secara berlebihan dan di luar batas etika pihak pentadbir Snapchat sehingga memaksa akaun milik Chelsea dibekukan buat sementara waktu.

Beberapa muat turun kontroversi oleh penari tiang di kelab bogel Blue Velvet di Newcastle ini yang pernah disiarkan Snapchat seperti memasak sarapan, selfie di cermin dan katil, semuanya dilakukan tanpa pakaian.

Selain berkhidmat sebagai model, keayuan foto aksi berani Chelsea yang mungkin ‘mencairkan’ iman kebanyakan lelaki Inggeris turut dinobatkan oleh akhbar sensasi terkenal, Daily Star sebagai ‘Snapchatter paling seksi’.

Chelsea malah mendakwa dirinya memang layak namun, rayuan manjanya itu enggan dilayan pihak Snapchat sebaliknya pentadbir media sosial perkongsian video tersebut berkeras terus menyekat akaun milik model itu.


EmoticonEmoticon