jobs from my.neuvoo.com

22 September, 2015

'Turunkan Jalur Gemilang, ganti bendera daerah...' - TMJ

KUALA LUMPUR: Satu perbincangan hangat berkenaan protokol bendera tercetus di media sosial apabila gambar surat rasmi dikeluarkan Pejabat Daerah Johor yang mengarahkan semua Jalur Gemilang di negeri itu diturun dan digantikan dengan bendera yang mewakili daerah-daerah negeri disebar di Facebook, baru-baru ini.

Memetik laporan sebuah akbar tempatan, surat tersebut ditandatangani Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma'in yang dipercayai diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Arahan surat itu juga seolah bermaksud TMJ telah memberi arahan untuk menurunkan dan menggantikan Jalur Gemilang di negeri tersebut dengan bendera yang mewakili daerah masing-masing memandangkan sambutan Hari Malaysia telah berakhir.

Tinjauan Malaysian Digest mendapati surat rasmi tersebut yang bertajuk 'Pemasangan Bendera Daerah Menggantikan Jalur Gemilang' dikongsi pengguna media sosial sejak beberapa hari lalu.

Susulan itu, jurucakap kerajaan negeri telah menjelaskan bahawa arahan tersebut sebenarnya merujuk kepada bendera bersaiz kecil dan hiasan-hiasan bendera yang digantung pada bangunan, tepi jalan dan juga pagar rumah kediaman sempenan sambutan Hari Malaysia yang baru berakhir dan bukannya bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan di sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan jabatan-jabatan rasmi di negeri itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim dijadual akan mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini untuk membincangkan lebih lanjut perkara itu.

Difahamkan, Ismail juga akan mengadakan sidang akhbar pada tengah hari nanti untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.


EmoticonEmoticon