jobs from my.neuvoo.com

04 September, 2015

Uqasha Senrose Nafi Berkunjung Ke Kelab Malam Tanpa Hijab

Bukan pertama kali sebenarnya kami dengar khabar angin tentang Uqasha Senrose dan kononnya beliau tidak tetap pendirian dalam bertudung. Ada yang mengatakan pelakon ini sekadar memakai hijab di hadapan kamera namun membukanya jika keluar bersama kawan kawan.

Terbaru, ada pula sumber yang mengatakan Uqasha Senrose berkunjung ke kelab hiburan tanpa mengenakan tudung tetapi hanya bertopi. Berat juga khabar angin yang melanda diri selebriti ini.
“Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung. Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini,” jelas Uqasha Senrose kepada mStar Online.

Beliau ditemui media ketika pelancaran Uqasha Senrose Collection yang merupakan cabang perniagaan yang dicuba pelakon ini untuk memajukan dirinya.

“Sejak berhijab, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah. Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punyai jenama tudung sendiri,” tambahnya lagi. (rtky/m)


EmoticonEmoticon