jobs from my.neuvoo.com

09 September, 2015

(Video) Aksi Mat Bangla cabul kanak-kanak viral di laman sosial

PERBUATAN paling gila dan menjijikkan.. video seorang lelaki warga asing sedang mencabul seorang kanak-kanak lelaki di sebuah pusat beli-belah tersebar menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Puan Seri Zaza nyata mengejut dan menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.


“Mat Bangla kemaruk.. budak lelaki pun ko jadi ye?

“Hari ini saya pergi ke klinik dan doktor telah menunjukkan saya sebuah video klip di sebuah pusat beli-belah. Dalam pusat beli-belah ini ada menyediakan permainan kereta kecil untuk kanak-kanak bermain.

“Terdapat seorang kanak-kanak sedang asyik bermain menaiki kereta mainan itu. Ketika itu, ibu bapa kanak-kanak malang itu sedang sibuk berbual sementara menunggu anaknya.

“Tiba-tiba datang seorang lelaki yang mengambil peluang melakukan perbuatan kejinya dengan memberhentikan kereta mainan tersebut lalu mula mencabul mangsa,” tulisnya.

Pemangsa (kanan) yang juga pakcik kanak-kanak terbabit bergambar bersama bapa mangsa.

Berdasarkan video tersebut, lelaki gila itu dilihat cuba memaksa kanak-kanak itu menciumnya beberapa kali di muka dan leher. Walaupun mangsa cuba menolak namun apakan daya kudratnya tidak sekuat orang dewasa.

Lelaki itu dipercayai melepaskan mangsa hanya selepas perbuatannya disedari oleh ibu bapa dan orang awam.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut mengkritik dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak senonoh lelaki warga asing tersebut.

Berdasarkan maklumat terkini yang kami terima, lelaki warga asing itu sebenarnya adalah bapa saudara kepada kanak-kanak malang terbabit dan telah ditahan oleh pihak polis.

Kejadian dipercayai berlaku di salah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Jeddah, Arab Saudi.

Walau di mana pun perkara ini berlaku, kita sebagai ibu bapa perlulah sentiasa berwaspada dalam menjaga anak-anak agar pisang tidak berbuah dua kali.

Apatah lagi, jenayah pedophile dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Puan Seri Zaza


EmoticonEmoticon