jobs from my.neuvoo.com

14 September, 2015

(Video) Awas wanita skirt pendek, lelaki gila seks ini merakam seluar dalam anda!

KUALA LUMPUR: Satu rakaman berjaya dirakam menunjukkan kegiatan licik tidak bermoral seorang lelaki yang merakam bawah skirt wanita dipercayai berlaku di kompleks membeli belah Publika, di sini, menjadi ‘viral’ sejak semalam.

Rakaman berdurasi 2 minit yang dimuat naik di laman Facebook Friends of BN - Barisan Nasional ditonton lebih 236,000 pengunjung dan mendapat perkongsian lebih 2,400 pelayar Facebook.

Dalam rakaman tersebut yang dipercayai dirakam individu lain, lelaki tersebut yang membawa bersamanya sebuah beg kelihatan berkeliaran di kawasan berkenaan yang sesak dengan orang ramai untuk mencari mangsa.

Menurut kenyataan di laman Facebook Friends of BN - Barisan Nasional, modus operandi yang digunakan lelaki itu adalah dengan menyembunyikan kamera di dalam beg galas yang dibawanya, sebelum mendekati suspek untuk merakam video.

Dalam kejadian tersebut, lelaki miang itu dilihat mendekati beberapa orang gadis, sebelum bertindak mengekori seorang wanita berbaju hitam dari arah belakang untuk merakam bawah skirt, sebelum turut merakam gambar wanita itu.

Mohon orang ramai lebih-lebih lagi kaum hawa berhati-hati dengan lelaki ini mengambil gambar perempuan yang memakai skirt pendek. Kamera disorok dalam beg merah yang dibawanya. Lokasi di Publika.

Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Sunday, 13 September 2015


EmoticonEmoticon