jobs from my.neuvoo.com

04 September, 2015

(Video) Kenapa mesti londeh tuala 'tutup' kemaluan?


Zaman sekarang iklan komersial merupakan medium utama bagi melariskan sesebuah perniagaan, bermacam-macam jenis iklan komersial yang kita lihat sekarang ini bagi menarik minat penonton.

Namun kami agak terkejut dengan video iklan terbaru yang ditayangkan oleh Watsons ini, malah ia mendatangkan rasa tidak puas hati penonton dan dikritik hebat ekoran dengan jalan cerita yang tidak elok untuk tatapan umum.

Manakan tidak, video yang sengaja eksploitasi tubuh badan lelaki tegap berbogel ini ternyata memang tidak sesuai dengan budaya kita ini.

Lebih Tunjuk Badan Dari Iklan

Screen Shot 2015-09-04 at 00.02.58
Dalam babak iklan tersebut, ia lebih banyak menonjolkan keseksian lelaki ini daripada mesej yang cuba disampaikan.
IklanWatson6IklanWatson3

What Is The Point?

IklanWatson2
Namun, ia menjadi semakin melampau apabila babak tuala terlucut sehingga menunjukkan model lelaki dalam iklan ini ‘terlanjang bulat’ sehingga ada yang menyifatkan bahawa iklan piawaian iklan di Malaysia semakin teruk.
IklanWatson4IklanWatson7
Daripada pemerhatian kami, cara ‘dia’ untuk menarik perhatian penonton memang kurang sesuai dengan budaya kita.  Ada bermacam-macam cara lagi yang boleh dilakukan, tapi masing-masing mesti ada pendapat tersendiri kan?

Jadi, dibawah ini kami sediakan video penuh untuk korang nilaikan sendiri.
It's time to get Really Syok!
Kit was taking his usual bath, until something 'syok'-ing happened! #WatsonsReallySyok
Posted by Watsons Malaysia on Wednesday, 2 September 2015

1 comments so far

Video ni dibuat oleh pengarah gila dan sakit jiwa..........


EmoticonEmoticon