jobs from my.neuvoo.com

23 September, 2015

Video lelaki rakus bogelkan wanita dalam restoran viral

BEIJING: Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki pertengahan umur cuba menanggalkan pakaian seorang wanita di sebuah restoran di wilayah Jiangsu, China, baru-baru ini menjadi viral dan menarik perhatian pengguna media sosial.

Memetik laporan Shanghaiist, video yang berdurasi kira-kira 1 minit 20 saat itu menunjukkan lelaki yang dipercayai seorang penjawat awam bertindak meramas wanita tersebut sebelum cuba untuk menanggalkan pakaiannya.

Difahamkan, pemeriksaan oleh wartawan tempatan berjaya mengenalpasti identiti lelaki dan perempuan dalam video tersebut.

Menurut agensi berita China Xinhua, Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin bandar Rugao telah menahan reman lelaki tersebut sementara menunggu siasatan lanjut.

Sehingga kini, video tersebut yang dimuat naik ke YouTube pada Ahad lalu itu ditonton lebih 337,000 kali di mana rata-rata pengguna sosial media melahirkan perasaan kurang senang dengan perbuatan tidak senonoh itu.
-mD


EmoticonEmoticon