jobs from my.neuvoo.com

30 September, 2015

(Video) Wanita tersilap hantar gambar buah dadanya kepada bos!

IA merupakan mimpi ngeri terburuk bagi seorang wanita yang secara tidak sengaja telah menghantar sekeping gambar dalam keadaan menggoda kepada majikan sendiri melalui aplikasi Snapchat. Gambar berkenaan sebenarnya ditujukan untuk teman lelakinya.

Wanita itu cuba menggoda kekasihnya dalam satu gambar yang menunjukkan dia mengangkat baju hingga menampakkan payudaranya dengan kapsyen “Apa yang kau terlepas hujung minggu ini”.

Malangnya, cubaan menggoda itu tidak menjadi sebaliknya menjadi sesuatu yang memalukan. Ia bukan hanya dihantar kepada majikannya, malah rakan sekerjanya turut menerima gambar itu.

Lebih memalukan, majikannya telah membalas mesej berkenaan.

“Hai, awak mungkin tidak berhasrat menghantar gambar ini kepada saya, tetapi tolong lebih berhati-hati. Saya adalah majikan awak,’’ katanya.

Lain kali jangan sekali-kali terfikir untuk melakukannya. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon