jobs from my.neuvoo.com

13 September, 2015

Wanita lakukan seks dengan kekasih mabuk atas jalan raya

SEORANG wanita telah ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang tidak sedarkan diri di tempat parkir kereta pusat beli-belah pada siang hari di Virginia, Amerika Syarikat.

Kimberly Jackson, 36 tahun; memberitahu pihak polis tempatan bahawa dia sedang ‘gersang’ nafsu ketika itu dan berada dalam keadaan mabuk.

Pihak polis juga mendapati kekasihnya, Earl Palmer berada dalam keadaan tidak sedar serta mabuk sebelum segera dihantar ke Hospital Sentara Leigh.

Kimberly dikenakan tindakan undang-undang kecil kerajaan tempatan kerana berkelakuan tidak senonoh dan mabuk di tempat awam.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit telah dibebaskan selepas diikat jamin dan polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, wanita terbabit menyalahkan alkohol yang diminumnya kerana menyebabkan dia dan kekasihnya mabuk sehingga terjebak dalam kelakuan memalukan itu. – Agensi


EmoticonEmoticon