jobs from my.neuvoo.com

09 September, 2015

Wanita Menyamar Lelaki Untuk Lakukan Seks Dengan Wanita

LONDON – Macam-macam gelagat lesbian menipu. Demi mendapatkan wanita idamannya, seorang wanita Gayle Newland, 25, sanggup menyamar sebagai lelaki dan menggunakan alat sulit palsu untuk melakukan seks.

Gayle, berbuat demikian setelah berkenalan dengan mangsa yang berusia 25 tahun melalui laman Facebook. Dia menyamar lelaki dengan menggunakan nama Kye.

Selepas beberapa kali berbalas mesej cinta dalam Facebook, mereka kemudiannya bertemu di sebuah hotel di Manchester dekat sini baru-baru ini.

Dalam pertemuan kali pertama itu, Gayle meminta wanita terbabit menutup mata dengan kain, serta menyamar sebagai lelaki dan memakai pakaian renang lelaki.

Gayle juga menipu wanita yang naif itu dengan menyatakan bahawa dia malu untuk menunjukkan muka dan badannya akibat kesan parut akibat kemalangan.

Mereka kemudiannya melakukan seks dan Gayle juga menipu bahawa suaranya tidak seperti lelaki disebabkan keturunannya berasal dari Filipina.

Hanya dalam pertemuan kali kedua selepas itu baharulah wanita terbabit berasa curiga dan selepas membuka kain yang menutup matanya, dia mula menyedari bahawa di sebelahnya adalah seorang wanita.

Mangsa kemudiannya cuba menghubungi pihak polis tetapi dihalang oleh Gayle sebelum mangsa berjaya melarikan diri.

Tidak lama kemudian, polis telah dimaklumkan bahawa Gayle telah terjun daripada sebuah jambatan.

Beberapa hari kemudian, mangsa telah membuat laporan polis dan Gayle telah ditangkap dan dia didakwa di mahkamah atas lima tuduhan serangan seks.

Dalam perbicaraan di mahkamah, Gayle mendakwa mangsa mengetahui bahawa dia seorang wanita dan mereka telah bersama-sama menjalani fantasi dengan membayangkan bahawa dia adalah lelaki.

Perbicaraan bersambung. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon