jobs from my.neuvoo.com

06 Oktober, 2015

3 pegawai bomba terlampau di Kedah ditamatkan khidmat

ALOR SETAR: Tiga pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kedah ditamatkan perkhidmatan berikutan masalah disiplin, termasuk dua daripadanya kerana menyebar maklumat menyentuh sensitiviti jabatan di laman sosial.

Pengarahnya, Ahmad Shahabuddin, mengesahkan ketiga-tiga pegawai berkenaan ditamatkan perkhidmatan dalam tempoh dua bulan lalu.

Katanya, selain itu enam lagi kini dalam proses siasatan dan pemerhatian.

"Dua daripada mereka ditamatkan perkhidmatan selepas siasatan dilakukan mendapati dua pegawai terbabit menyebarkan maklumat ketidakpuasan hati mereka di laman sosial Facebook, manakala seorang lagi kerana tidak hadir bekerja.

"Enam kes lain termasuk penyalahgunaan dadah dan pelbagai kes lain yang masih dalam proses siasatan sebelum tindakan diambil," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Kedah, di sini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86900?m=1


EmoticonEmoticon