jobs from my.neuvoo.com

16 Oktober, 2015

Akibat berjiran dengan lelaki gila seks

Sekadar foto hiasan
KUALA LUMPUR, 14 Oktober: “Perbuatan mengintai ibarat mencabul keselamatan individu, lebih-lebih lagi hak privasi seseorang.”

Demikian luahan seorang mangsa , Vee, yang diintai oleh lelaki hidung belang ketika dia sedang mandi di sebuah pangsapuri di rumahnya di Damansara.

Vee berkata, perbuatan itu menimbulkan rasa tidak selamat kepadanya yang mengesyaki dilakukan jirannya sendiri yang telah berumah tangga.

“Masa tu tingkap dan langsir rumahnya terbuka tetapi lampu tidak dipasang.

“Masa itu saya nampak tangan memegang telefon bimbit menghadap ke tingkap tandas ketika saya sedang mandi, saya menjerit!” katanya ketika ditemui The Rakyat Post menceritakan perkara itu agar dapat dibawa ke pengetahuan pihak berwajib.

Vee yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran menyewa bersama tiga orang rakannya di pangsapuri tersebut.

“Selepas saya nampak tangan individu itu, saya terus memakai pakaian dan keluar dari tandas.

“Sebenarnya kes tu masih belum selesai, saya dan rakan serumah terus pergi ke rumah jiran dan seorang lelaki keluar membuka pintu.

“Saya mengesyaki beliau kerana ini bukan kali pertama dilakukannya, kerana tidak tahan diganggu saya memberi amaran kepadanya agar jangan mengulangi perbuatan itu dan padamkan gambar atau rakaman dari telefon bimbitnya,” katanya dalam nada marah.

Menurut Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah, Tan Sri Lee Lam Thye, kes ini sering dilaporkan setiap tahun, kerana kekurangan bukti, kes akan dianggap selesai tetapi rasa takut tetap ada di kalangan mangsa sekiranya video atau gambar yang dirakam akan disebarkan.

“Perbuatan ini langsung tidak bermoral dan lelaki hidung belang ini wajar dikenakan tindakan lebih berat,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post.

Masyarakat perlu lebih beretika dan perbuatan menceroboh kediaman dan hak peribadi orang lain boleh dianggap cuma menjejaskan keselamatan awam.

“Sebenarnya golongan ini boleh juga dianggap mempunyai masalah mental, ketagihan bahan lucah dan kurang perhatian menyebabkan mereka jadi begitu,” katanya.

Lee turut menasihatkan kepada mana-mana individu agar jangan melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri dan keluarga kerana hukuman berat tetap ada menanti mereka sekiranya ditangkap.

Kepada mangsa, sikap berhati-hati wajar diambil dan jangan biarkan sesiapa cuba mengambil kesempatan melakukan jenayah atas kelalaian diri sendiri.

“Setiap tahun kes seperti ini dilaporkan, walaupun ia dianggap kesalahan kecil namun boleh membawa kesan besar sekiranya tiada tindakan diambil,” katanya.

Kesalahan ini boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


EmoticonEmoticon