jobs from my.neuvoo.com

29 Oktober, 2015

Balasan Liwat Anak Saudara

KOTA BHARU: Perbuatan luar tabii seorang duda yang melakukan seks oral terhadap anak saudaranya berusia 6 tahun menerima balasan selepas dia dihukum penjara lapan tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrunnizam Othman, 31, selepas tertuduh didapati bersalah apabila pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Shahrunnizam yang juga penganggur didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa yang ketika itu berumur 6 tahun tanpa kemahuan mangsa di Jalan Pengkalan Chepa, antara jam 6.15 hingga 6.50 pagi, 5 Oktober 2013.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, NorDalina Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

NorDalina mencadangkan supaya tertuduh dikenakan hukuman lebih berat atas kekerasan yang digunakan terhadap mangsa dan faktor kepentingan awam.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman diringankan.

Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa daripada tarikh tangkapan kali kedua iaitu pada 13 Oktober 2013.

- Sinar Harian


EmoticonEmoticon