jobs from my.neuvoo.com

16 Oktober, 2015

Bekas Timbalan Menteri Sah Sertai PKR

KUALA LUMPUR: Desas-desus berhubung bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bakal meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini terjawab apabila beliau sah menyertai parti tersebut.

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerusi laman sosial Instagramnya sebentar tadi.

"Syabas dan tahniah. Laksanakan idealisme demi perubahan dan kemaslahatan rakyat," tulis Azmin yang juga merupakan timbalan presiden PKR.

Bekas ahli Parlimen Temerloh itu diumum sebagai ahli PKR dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Menerusi gambar yang dikongsi Azmin, turut hadir dalam majlis pengumuman keahlian Saifuddin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Saifuddin, 54, sebelum ini dilantik sebagai timbalan menteri ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.



- mD


EmoticonEmoticon