jobs from my.neuvoo.com

08 Oktober, 2015

Berbogel ketika bercuti, foto 'kemaluan' terus tersebar

PENYANYI di Hollywood, Justin Bieber telah mensensasikan Internet dengan gambar telanjangnya ketika bercuti di Bora Bora, sebuah pulau peranginan milik Perancis di Lautan Pasifik pada Selasa lalu.

Pelantun kepada lagu ‘What Do You Mean’ itu kini menjadi perhatian media dan masyarakat di seluruh dunia kerana gambar bogel kontroversinya itu.

Menerusi gambar yang tersebar meluas itu, jelas kelihatan batang kemaluan penyanyi tersebut tanpa seurat benang pun yang menutupi zakarnya.

Walaupun ada netizen yang suka dengan pendedahan tersebut, ada juga segelintir daripada mereka yang telah membuat jenaka daripada gambar terbabit.

Penyanyi berusia 21 tahun itu dikatakan sedang bercuti bersama seorang model, Jayde Pierce, di sebuah pulau di sana.

Walau bagaimanapun, Justin dan wakilnya masih lagi belum membuat sebarang kenyataan dan tidak memberi sebarang komen mengenai gambar yang tersebar meluas itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon