jobs from my.neuvoo.com

10 Oktober, 2015

Berpurdah sambil bermaksiat di dalam surau

Seorang "wanita berpurdah" ditangkap didalam keadaan mencurigakan dihadapan sebuah surau wanita oleh Unit Polis Pelancong KL.

Ketika dihampiri oleh dua Polis pelancong terbabit, "wanita berpurdah" berkenaan melarikan diri apabila dia diminta mengemukakan pengenalan diri.

Suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai selepas berlaku pergelutan dan "wanita" berkenaan melawan ketika cuba ditangkap.

Rupa-rupanya, "wanita berpurdah" tersebut sebenarnya adalah seorang remaja lelaki yang menyamar untuk mencuri barangan wanita di surau Pavilion Jalan Bukit Bintang serta kawasan sekitar.

Hasil pemeriksaan, pihak Polis menjumpai pelbagai barangan wanita termasuklah beberapa dompet serta kad bank didalam beg plastik yang dibawa oleh remaja tersebut.

Dia mengaku menyamar sebagai seorang wanita berpurdah semata-mata untuk mencuri barangan ketika orang ramai bersembahyang di surau-surau sekitar kawasan berkenaan.

Remaja lelaki berketurunan melayu yang berusia 19 tahun itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis untuk siasatan lanjut.

Sumber- Utaranews.com


EmoticonEmoticon