jobs from my.neuvoo.com

28 Oktober, 2015

Bulan madu 'haram'

Kuala Nerus: Depoh Tahanan Imigresen Ajil, Kuala Berang menjadi destinasi bulan madu pasangan pengantin baru warga Kemboja apabila mereka ditahan dalam serbuan Ops Ikrar di Kampung Seberang Takir, malam kelmarin.

Pasangan pengantin berusia 35 dan 25 tahun terbabit ditahan dalam serbuan Ops Ikrar di kediaman sewa mereka di kampung berkenaan pada jam 12.30 tengah malam.

Sebelum ini, lelaki berstatus duda itu yang bekerja sebagai buruh binaan itu dikatakan tinggal di Klang, Selangor dan mengambil keputusan berpindah ke negeri ini selepas mendirikan rumah tangga bersama wanita senegaranya sebelum mendiami rumah berkenaan lebih dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki terbabit membawa isterinya berpindah ke negeri ini kononnya untuk memulakan kehidupan baru bersama wanita berkenaan membawa padah apabila dia dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


EmoticonEmoticon