jobs from my.neuvoo.com

09 Oktober, 2015

Bunuh ibu, belah dada, keluarkan hati

Fremont: Seorang lelaki mengaku membunuh ibunya sebelum membelah dada dan mengeluarkan hati mangsa menggunakan tangan.

Omar Mark Pettigen, 31, ditahan kelmarin, lima hari selepas melakukan pembunuhan ngeri di rumahnya di Fremont, California.

Dia ditahan selepas bapanya yang tinggal di New Mexico meminta bantuan polis untuk mencari bekas isteri dan anaknya setelah mereka tidak menghubunginya sekian lama.

Polis tiba di rumah Omar dan menemui mayat Nailah, 64, di dalam bilik dengan seluar dalamnya terlucut hingga ke pergelangan kaki dan perutnya terburai.

Hasil bedah siasat menunjukkan bekas guru matematik itu dikerat dari leher hingga ke serviks dan turut ditembak sekurang-kurangnya tujuh das.

Omar berkata dia bertengkar dengan ibunya yang didakwanya mengacukan pistol kepadanya sebelum dia mencapai tukul pada dinding bilik untuk menyerang wanita itu.

Dia keluar dari bilik itu, masuk semula dengan kapak dan menyerang ibunya sebelum menembak belakang mangsa empat kali.

Omar kemudian dipercayai membelah dadah ibunya dengan pisau, mengeluarkan hatinya sebelum meletakkannya semula.

Omar dilapor memberitahu polis, dia membunuh ibunya kerana wanita itu mahu membunuh diri dengan memakan ubat penahan sakit oksidon,

Katanya, ibunya ketagih ubat berkenaan selepas menjalani pembedahan pinggul dan lutut.

- Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83637#sthash.4hH7VdtF.dpuf


EmoticonEmoticon