jobs from my.neuvoo.com

27 Oktober, 2015

Celebriti muda mengaku pernah dicabul ketika berusia 14 tahun

PENYANYI dan pelakon muda berbakat besar, Rita Ora mengaku dia telah dicabul ketika dirinya baru berusia 14 tahun.

Bintang kelahiran Britain itu menyatakan dia dicabul oleh teman lelakinya yang berusia 26 tahun.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu popular Black Widow itu menegaskan bahawa dia tidak mahu dikategorikan sebagai mangsa penderaan seksual kanak-kanak kerana dia sendiri yang merelakan dirinya dicabul.

Dia juga mendakwa hubungannya dengan lelaki tersebut telah membantunya meningkatkan tahap keyakinan.

“Saya tidak mahu menyatakan saya menderita kerana saya yang mahukannya.

“Saya tidak mahu orang fikir saya adalah mangsa cabul ketika kecil, saya sangat matang di usia 14 tahun ketika itu,” kata Rita.

Juri program realiti X-Factor itu mendedahkan perkara tersebut berlaku ketika dia sedang belajar di Sekolah Teater Sylvia Young di London.

Perkara itu membuatkan bintang yang kini berusia 24 tahun ‘obses’ dengan lelaki tersebut namun ia sememangnya satu perkara gila baginya jika dikenangkan kembali.

Pendedahan Rita itu ternyata menarik perhatian ramai orang termasuk badan-badan kebajikan kanak-kanak yang menegur artis terbabit supaya lebih hati-hati dalam membuat kenyataan.

“Sesiapa yang jadi orang ternama perlu peka dengan kesan daripada kenyataan yang mereka keluarkan,” kata jurucakap kepada sebuah badan kebajikan kanak-kanak.

-Agensi/MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon