jobs from my.neuvoo.com

23 Oktober, 2015

Dinoda bergilir-gilir tiga lelaki ala pelacur

TOKYO – Seorang gadis Jepun yang berusia 16 tahun dan berasal dari Saitama dekat sini mengalami mimpi ngeri setelah dipaksa menjadi pelacur untuk tiga lelaki yang baharu dikenalinya, menurut laporan media tempatan.

Mangsa dipercayai terpaksa berbuat demikian kerana diancam akan dibunuh oleh tiga suspek tersebut dengan ‘menguburkan’ dirinya hidup-hidup dalam tong dram yang kemudian dikeraskan menggunakan bahan simen.

“Gadis ini mengaku dirinya telah diancam oleh suspek yang mengugut akan berbuat kejam sedemikian jika dia cuba untuk melarikan diri,” ujar jurucakap polis tempatan yang dipetik akhbar Japan Today pada Rabu.

Pihak polis diberitahu, mangsa pertama kali berkenalan dengan suspek yang bernama Aomi Morita, 20 tahun; penduduk daerah Itabashi, sebelum diperkenalkan pula dengan dua orang lagi temannya, pada awal Ogos lalu.

Mereka kemudian dipercayai tinggal bersama-sama di pangsapuri Aomi sejak 28 Ogos hingga 5 Oktober lalu dan ketika itu, suspek turut merampas telefon bimbit dan kad perlindungan insurans kesihatan milik mangsa.

Tidak setakat itu, mangsa juga dipaksa melayani nafsu seks tiga lelaki berkenaan secara bergilir-gilir. Untuk sekali perkhidmatan diberi, suspek menawarkan caj setinggi 20,000 yen (kira-kira RM715) kepada pelanggan mereka.

Setelah pelanggan tersebut bersetuju dengan kadar ditetapkan, mangsa akan dihantar ke sebuah hotel untuk ‘melayani’ pelanggan berkenaan dan gadis itu sendiri, malah diberikan upah 1,000 yen (RM35) bagi setiap perkhidmatan.

Tindakan itu terpaksa dilakukan mangsa selama 40 hari berturut-turut terhadap lebih 60 pelanggan sebelum diselamatkan pihak polis awal bulan ini dan ketiga-tiga suspek kini menjalani proses perbicaraan di mahkamah.

Sekiranya didapati bersalah, mereka bertiga bakal menerima hukuman berat kerana melanggar Undang-undang Kesejahteraan Kanak-kanak Jepun iaitu penjara sehingga lima tahun dan denda sejuta yen (kira-kira RM35,800).

Bagaimanapun menurut polis, tiga suspek itu menafikan telah memaksa mangsa untuk melacur, sebaliknya mereka mendakwa gadis tersebut sendiri rela menawarkan perkhidmatan seks. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


EmoticonEmoticon