jobs from my.neuvoo.com

26 Oktober, 2015

Gadis Dikelar Dalam Bilik Tidur

PULAU PINANG : Seorang remaja perempuan ditemui mati dengan kesan kelar di bahagian lehernya dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, malam semalam.

Suraya Mawardi berumur 17 tahun ditemui bapanya dalam keadaan berlumuran darah di atas katil biliknya sekitar jam 7.30 malam.

Menurut keterangan bapa mangsa yang baru pulang ke rumah telah memanggil nama Suraya beberapa kali tetapi panggilannya tidak disahut seperti kebiasaan.

Dia yang curiga dengan hal itu meluru masuk ke dalam bilik anak perempuannya itu mendapati Suraya sedang baring sambil dibaluti selimut, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, bapa Suraya bertindak segera menyelak selimut anaknya dan panik apabila mendapati mangsa sudah tidak bergerak lagi.

Dia juga menyedari terdapat kesan kelar di bahagian leher dan darah pada mangsa.

“Cemas dengan keadaan itu, bapa mangsa terus menghubungi ambulans dan pemeriksaan yang dilakukan oleh kumpulan perubatan mengesahkan anaknya telah meninggal dunia,” kata Salawati sewaktu ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Tambahnya, terdapat kesan pergelutan yang berlaku dalam bilik itu. Hal itu telah membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di kawasan Teluk Kumbar untuk membantu siasatan.

Polis turut menemui bahan yang dipercayai menjadi senjata untuk mengelar mangsa dan telefon bimbit kepunyaan Suraya pada lelaki itu.

“Kita masih menyiasat motif kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa kami bawa ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat,” katanya.

- mD


EmoticonEmoticon