jobs from my.neuvoo.com

10 Oktober, 2015

Isteri simbah air panas, tuduh suami curang

Alor Setar: Akibat perselisihan faham kerana dituduh mempunyai hubungan sulit, seorang lelaki disimbah air panas oleh isterinya di kediaman mereka di Sungai Petani, dekat sini, Rabu lalu, menyebabkan dia melecur di leher dan bahu kanan.

Dalam kejadian jam 1 pagi, lelaki berusia 39 tahun itu tidur sebelum isterinya yang berusia 38 tahun menyimbah air panas menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.

Difahamkan kejadian berlaku apabila mangsa bertengkar dengan isterinya akibat perselisihan faham antara mereka berkaitan masalah rumah tangga selepas dia dituduh curang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa terkejut dengan tindakan isterinya cuba mengambil kunci kereta milik adiknya untuk melarikan diri, namun dihalang wanita itu menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Malah, dalam keadaan kesakitan, mangsa yang marah menampar pipi isterinya dan terus berlari keluar dari rumah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83974#sthash.WqIEZdMD.dpuf


EmoticonEmoticon