jobs from my.neuvoo.com

06 Oktober, 2015

Isu Skandal : Saya Penterjemah Bukan Pelacur

Seorang wanita dikenali sebagai Maggie Mong tampil membersihkan namanya sekaligus menyangkal dakwaan dia menjalin hubungan sulit dan berparti di kelab malam bersama salah seorang anggota kumpulan KPop berpengaruh, BigBang iaitu Seungri.

Dalam satu temubual dengan media Taiwan pada 3 Oktober lalu, Maggie atau nama sebenarnya Xiao Yu menjelaskan dia sebenarnya seorang mahasiswa dan dalam masa sama bekerja sebagai penterjemah.

"Saya bekerja sebagai jurubahasa sejak tiga atau empat tahun lalu dan beberapa tahun lalu saya pernah diminta untuk menjadi penterjemah kepada anggota kumpulan Bigbang.

"Baru-baru ini saya diminta untuk menjadi jurubahasa untuk kumpulan BigBang sempena kunjungan mereka di Taiwan bagi mengadakan konsert siri jelajah mereka.

"Gambar (seperti yang tersebar internet) itu, saya bukan dari pelacur," bidasnya.

Maggie juga menafikan menjalin hubungan istimewa dengan Seungri seperti mana yang dilaporkan media.

"Saya tidak pernah pernah terfikir untuk jadi terkenal. Saya telah bekerja dengan beberapa artis termasuk beberapa bintang Korea selama empat atau lima tahun malah saya pernah keluar makan dan minum kop bersama mereka sebelum ini.

"Dulu saya juga pernah kelyar minum kopi bersama Seungri, tetapi tidak pula timbul apa-apa.

"Saya tidak sangka pula gambar yang diambil di Taiwan itu menimbulkan salah faham hingga mencetuskan kontroversi," tambahnya.

Beberapa minggu lalu, dunia hiburan KPop gempar ekoran kontroversi Seungri di dakwa berfoya-foya di sebuah kelab malam di Taipei bersama beberapa gadis.

Lebih hangat apabila tersebar gambar yang menunjukkan Seungri bersama gadis mirip Maggie keluar daripada kelab malam tersebut dan mereka kelihatan berpelukan dan berpegangan tangan.

Foto tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan kritikan dikalangan peminat sekaligus Maggie dilabelkan sebagai pelacur.

Selain Seungri, Big Bang dianggotai empat lagi anggota iaitu G-Dragon, T.o.p, Daesung dan Taeyang.

BigBang pernah mengadakan konsert di Malaysia, BigBang 2015 World Tour (Made) in Malaysia pada 24 dan 25 Julai lalu dan BigBang Galaxy Alive Tour 2012.

- mD


EmoticonEmoticon