jobs from my.neuvoo.com

15 Oktober, 2015

Janda muda nyaris diperkosa dalam ladang getah

MANGSA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Kuala Nerang: “Saya hanya berlari ikut kata hati sambil menjerit kerana ketika itu keadaan sangat gelap selepas berjaya melarikan diri daripada lelaki yang cuba merogol saya.”

Remaja perempuan yang hanya ingin dikenali sebagai Ana, 19, menceritakan detik cemas dia dibawa lari seorang lelaki tidak dikenali sejauh lima kilometer sebelum cuba merogolnya di sebuah ladang getah di Kampung Rambutan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, dia mengalami kerugian kira-kira RM600 apabila wang tunai, telefon bimbit dan dokumen peribadinya dilarikan suspek.

Bagaimanapun, dia yang pernah mempelajari seni pertahanan diri taekwondo bergelut dengan suspek sebelum berjaya melarikan diri serta meminta bantuan penduduk kampung berhampiran.

Menceritakan semula kejadian itu, Ana berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam, dia yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Alor Setar dengan motosikal Honda Wave Dash berhenti di pondok menunggu bas Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena kerana hujan lebat.

Menurutnya, tidak lama kemudian, datang seorang lelaki tidak dikenali menunggang motosikal Modenass Kriss sebelum mengajaknya berbual.

"Saya yang tidak selesa dengannya kemudian beredar dari kawasan itu walaupun hujan belum berhenti dan menyedari dia mengekori namun pada mulanya tidak mengendahkannya.

"Sebaik tiba di Simpang Bukit Tembaga, tiba-tiba lelaki itu menghalang motosikal saya dan terus menendang perut saya dan menyebabkan saya tertunduk kesakitan.

"Dalam masa yang sama, lelaki itu menaiki motosikal saya sambil memaut badan saya dengan sebelah tangan lalu memecut motosikal meinggalkan tempat itu," katanya.

Ana berkata, motorsikal milik dia ditinggalkan dan lelaki itu terus membawanya sejauh lima kilometer ke ladang getah itu.

"Sepanjang perjalanan itu, saya hanya mampu menjerit meminta pertolongan namun tidak disedari kerana hari lewat malam.

"Sebaik tiba di ladang itu, dia sekali lagi memukul dan memeluk serta ingin merogol saya menyebabkan saya melawan," katanya.

Ibu tunggal itu berkata, ketika dipeluk, dia terus menyiku perut suspek dengan kedua belah tangan menyebabkan lelaki itu melepaskan pelukan.

"Mujur saya pernah mempelajari taekwondo menyebabkan saya terselamat dan terus berlari meminta bantuan kira-kira sejauh satu kilometer dari lokasi itu.

"Saya mengetuk pintu rumah pertama tetapi tidak diendahkan pemiliknya menyebabkan saya pergi ke rumah lain dan merayu supaya diselamatkan sebelum pemilik rumah itu membuka pintu," katanya yang memiliki anak lelaki berusia lapan bulan dan dalam proses penceraian dengan suaminya.

Menurut Ana, pemilik rumah itu kemudian menghubungi ahli keluarganya sebelum mereka datang menjemputnya dan membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84968#sthash.WobZO8np.dpuf


EmoticonEmoticon