jobs from my.neuvoo.com

05 Oktober, 2015

Jerebu: Universiti, IPT boleh buat keputusan tutup operasi

PUTRAJAYA - Semua universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam serta swasta boleh membuat keputusan sendiri untuk menangguhkan aktiviti akademik dan bukan akademik atau menutup IPT berkenaan berikutan keadaan jerebu, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, semua universiti dan IPT awam serta swasta diminta memantau tahap keseriusan jerebu di lokaliti masing-masing.

"IPT juga diminta menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) atau garis panduan dalaman yang sewajarnya untuk rujukan pelajar dan kakitangan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Idris, pihaknya mengambil maklum situasi jerebu ketika ini yang boleh membawa kesan kepada kesihatan pelajar dan kakitangan di IPT.

Kementerian juga sedang memantau keadaan menerusi pelbagai mekanisme, terutama parameter Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari semasa ke semasa, katanya.

"Kesihatan dan keselamatan pelajar dan staf haruslah diberikan keutamaan," katanya. - Bernama


EmoticonEmoticon