jobs from my.neuvoo.com

06 Oktober, 2015

Kantoikan tunang dalam hotel...

Sekadar foto hiasan
SEORANG wanita menukar majlis perkahwinnya hari ini menjadi majlis hari lahir dan majlis kesyukuran selepas beliau 'menangkap' sendiri tunangnya menyewa bilik di hotel bersama wanita lain.

Melalui laman Facebook Pesona Pengantin, wanita tersebut yang berkongsi pengalamannya di laman sosial meminta pandangan orang ramai selepas kejadian malang tersebut menimpanya.

"Wanita ini dan rakannya, mengikut tunang dan perempuan itu dari One Utama sehingga ke Seksyen 25 Shah Alam. Sebuah hotel, yang telah mengubah persepsinya terhadap lelaki itu," dipetik dari Pesona Pengantin.

Dipetik Pesona Pengantin, wanita tersebut terpaksa memerhatikan apa yang berlaku hampir 15 minit sama ada untuk mempercayainya atau tidak.

"Kawannya mendesak untuk dia melihat sendiri depan mata. Akhirnya apa yang ditakutkannya benar-benar terjadi.

"Kerana itu, wanita ini serba salah dan meminta pendapat, perlu atau tidak dia teruskan perkahwinan hanya untuk menjaga air muka keluarga," kata Pesona Pengantin.

Melalui perkongsian Pesona Pengantin tersebut, pelayar laman sosial 'naik darah' dan mengecam tindakan lelaki tersebut yang bermain kayu tiga.

Namun, ramai juga pelayar yang memberikan nasihat dan mendoakan wanita tersebut yang akhirnya memberitahu kejadian tersebut kepada keluarga dan mengubah majlisnya.

"Kami diberitahu bahawa majlis perkahwinannya esok (hari ini) dibatalkan. Tapi apa yang memeranjatkan ialah majlis itu bertukar menjadi majlis hari lahir anak kepada bekas tunangnya yang dia jaga.

"Majlis esok (hari ini) juga diisi dengan majlis kesyukuran sempena rakan kita ini dapat menyambung pelajarannya," tulis Pesona Pengantin.


EmoticonEmoticon