jobs from my.neuvoo.com

16 Oktober, 2015

Mah ikrar halang hudud atau akan letak jawatan


Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan menghalang rang undang-undang hudud diluluskan di parlimen dan berikrar untuk meletak jawatan jika gagal melakukan dalam misinya itu.

"Jika hudud diluluskan di parlimen, saya rasa saya sudah gagal dalam melaksanakan tugas. Justeru saya akan meletak jawatan daripada kabinet," katanya.

Mah ketika ini berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan pada 31 Mei 2014.

Mah ditemui media sempena persidangan tahunan parti itu hujung minggu ini.

Katanya, Gerakan juga membantah jika PAS berhasrat menyertai BN kecuali parti berkenaan - yang selama ini komited memperjuangkan pelaksanaan hudud - bersedia mengetepikan agenda berkenaan.

Bagaimanapun, kata Mah yang dipetik laporan Kwong Wah Yit Poh, dia yakin PAS tidak akan bersedia melupakan hudud dan hanya segelintir pihak yang percaya ia boleh berlaku.

Katanya, isu hudud tidak begitu hangat diperkatakan ketika ini namun beliau tidak menolak kemungkinan PAS akan cuba mengemukakan rang undang-undang itu sekali lagi dalam sidang parlimen yang akan bermula minggu depan.

Ketika ia cuba dibawa dalam sidang lalu, Mah berkata, kemungkinan untuk ia diluluskan adalah rendah namun dengan perubahan iklim politik negara ketika ini serta peningkatan sentimen perkauman, pelbagai perkara boleh berlaku.

"Kami berhubung denngan ahli parlimen Muslim dalam BN dan kesediaan mereka menyokong hudud tidak kuat. Situasi sekarang berubah dan mungkin sukar untuk memujuk mereka (supaya tidak menyokong hudud," katanya.

Jika rang undang-undang hudud dibentangkan di parlimen untuk diundi, kata Mah, ahli parlimen Muslim mungkin didesak untuk menyokongnya.

Ketika ini ada 136 orang ahli parlimen beragama Islam dan jika semuanya memberi sokongan kepada rang undang-undang itu, ia boleh diluluskan dengan majoriti mudah.


EmoticonEmoticon