jobs from my.neuvoo.com

13 Oktober, 2015

Mangsa suami mabuk...

Ampang: Seorang isteri yang sedang khusyuk mengaji al-Quran cedera teruk selepas dibelasah, ditumbuk dan dipukul kepalanya dengan botol arak oleh suami yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
Dalam kejadian jam 8.15 malam kelmarin, mangsa berusia 49 tahun terpaksa lari ke balai polis untuk mendapatkan bantuan serta membuat laporan polis.

Sumber berkata, kejadian berlaku sejurus suspek berusia 55 tahun itu pulang ke rumah dan mengetuk pintu kediaman sambil menjerit.

“Salah seorang anak mangsa kemudian membuka pintu sebelum suspek memaki hamun mangsa yang masih berada di dalam bilik.

“Suspek yang sedang memegang botol arak terus mengetuk kepala mangsa menggunakan botol itu beberapa kali menyebabkan mangsa menjerit kesakitan,” katanya.


EmoticonEmoticon