jobs from my.neuvoo.com

06 Oktober, 2015

Mungkin diperkosa sebelum dibunuh

Kluang: Polis daerah masih menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat reput wanita tanpa kepala di dalam semak di Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam di sini, Sabtu lalu, termasuk kemungkinan ia mangsa rogol.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, bedah siasat masih belum dapat mengaitkan punca kematian berkaitan jenayah seksual, tetapi tidak menolak kemungkinan itu, berdasarkan tiada seluar dalam ditemui pada mayat mangsa.

Katanya, siasatan kini menjurus kepada pelbagai aspek terutamanya unsur jenayah, tetapi keadaan mayat yang mereput serta tiada pengenalan diri ditemui menyebabkan siasatan mengambil masa lebih lama.

“Sehubungan itu, kita meminta orang ramai yang ada kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi membolehkan padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan bagi mengenal pasti identiti si mati,” katanya.

Pada 3 Oktober lalu, kira-kira jam 10.25 pagi, satu mayat tanpa kepala ditemui di dalam semak kira-kira 30 meter dari jalan utama Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam.

Susulan itu, polis dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan, termasuk mencari kepala mangsa di kawasan sekitar tetapi gagal.

Hasil siasatan awal mendapati mayat berkenaan adalah seorang wanita berikutan penemuan pakaian dalam berwarna hitam pada badan mangsa selain sehelai kain berwarna hijau yang berkemungkinan adalah pakaian mangsa.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82701#sthash.zeG9c46Z.dpuf


EmoticonEmoticon