jobs from my.neuvoo.com

07 Oktober, 2015

Pakcik tunjuk kemaluan depan rumah Datuk Siti Nurhaliza


SEORANG duda anak dua berusia 49 tahun didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, Selangor hari ini atas pertuduhan menunjukkan kemaluan di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa.

Tertuduh yang dikenali sebagai Amiruddin Sulaiman dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada Ahad lalu (4 Okt).

Sehubungan dengan itu, Majistret Noor Farah Hazwani menjatuhkan hukuman dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Berdasalkan pertuduhan, Amiruddin didakwa menghina kesopanan pembantu rumah penyanyi itu dengan cara menunjukkan kemaluannya kira-kira jam 5 petang.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduanya, jika disabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro


EmoticonEmoticon