jobs from my.neuvoo.com

14 Oktober, 2015

PDRM bantah acara seks dengan robot di Johor Bahru

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memberi amaran kepada penganjur ‘Kongres Kebangsaan Tentang Cinta Dan Seks Dengan Robot’ agar membatalkan program tersebut yang dijangka diadakan di Johor Bahru, Johor pada 16 November ini atau berdepan dengan tindakan tegas pihaknya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, program sebegitu adalah mengarut dan jelas tidak melambangkan budaya dan kerukunan negara ini.

“Mereka harus sedar, Malaysia bukan negara yang mengamalkan seks bebas dan acara-acara sedemikian adalah satu bentuk kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas,” ujarnya.

Difahamkan program itu akan dihadiri oleh seorang profesor daripada City University London dan akan membincangkan sekurang-kurang­nya 13 topik termasuklah tentang Personaliti Robot, Pendekatan Jantina dan Penggunaan Alatan Seks.

Sementara itu, semasa menghadiri Majlis Penganugerahan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan (M) Bhd. (VTREC), Khalid membe­ritahu, PDRM akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif terbaharu bagi mengurangkan kes kecurian kende­raan di dalam negara.

Katanya, kes kecurian kenderaan di negara ini diakui menjadi penyumbang utama dalam peningkatan kadar jenayah dalam negara setakat ini.

“Kita percaya kenderaan curi ini diseludup ke luar negara melalui negara jiran dan oleh demikian jaringan kerjasama dengan negara jiran sangat diperlukan,” katanya.

Dalam perangkaan Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) pada tahun ini, sebanyak 10,559 kenderaan hilang dipercayai dicuri manakala tahun lepas adalah sebanyak 15,970.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/batalkan-program-seks-dengan-robot-8211-kpn-1.146286#sthash.8zUfp2N9.dpuf


EmoticonEmoticon