jobs from my.neuvoo.com

08 Oktober, 2015

Personaliti tv tempatan tunjuk hubungan terlarang dikhalayak

Kisah artis berstatus suami orang yang dikatakan mempunyai hubungan dengan perempuan lain bagi SS seperti sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan.

Pada SS, perkara seperti ini tidak hanya membabitkan artis, orang biasa juga tidak terlepas daripada melaluinya. Tetapi disebabkan mereka dikenali pastinya apa yang dilakukan menjadi perhatian. Lebih menggemparkan lagi apabila perhubungan itu sudah tidak menjadi rahsia lagi dalam kalangan teman sekerja.

SS anggap orang yang berkelakuan seperti ini biadab kerana berani mencabar kesetiaan pasangan.

Sudahlah curang dia berani pula melakukannya depan-depan khalayak. Bukan maksud SS hendak menggalakkan hubungan itu dijalin senyap-senyap.

Sebaik-baiknya janganlah dilakukan terang-terangan kerana SS simpati pada pasangan yang berasa diri mereka teraniaya pula.

Kisah ini juga terjadi pada seorang artis dan personaliti televisyen. Peliknya, mereka tidak segan berjumpa di khalayak sedangkan ramai tahu artis berkenaan suami orang.

Lebih membuatkan SS keliru dengan sikap personaliti TV berkenaan, tidakkah dia berasa malu atas apa yang dilakukannya itu.

SS difahamkan dia juga kecundang dalam rumah tangga, tetapi bukan bermakna dia perlu merosakkan rumah tangga orang lain pula. Seharusnya mereka berdua lebih muhasabah diri dan berusaha menjauhi perkara seperti itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83413#sthash.mUkI3Ips.dpuf


EmoticonEmoticon