jobs from my.neuvoo.com

21 Oktober, 2015

Saya terlanjur, minta maaf - Nabil

DEK kerana keterlanjuran ketika bergurau, pelawak Nabil Ahmad meluahkan rasa kesalnya kerana tidak sengaja mempersendakan kekurangan ahli kumpulan muzik cacat penglihatan, Caliph Buskers ketika mengendalikan program Gegar Vaganza musim kedua (GV2), Ahad lalu.

Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Bin Ahmad berkata, selepas insiden itu dia diselubungi perasaan bersalah dan telah memohon maaf secara peribadi kepada ahli kumpulan itu.


“Saya rasa sangat bersalah dan telah membuat satu ketelanjuran kata yang cukup melampau kerana mempersendakan kekurangan yang dimiliki ahli kumpulan Caliph Buskers.

“Apabila gurauan tersebut terlepas di atas pentas, ianya mendapat kritikan orang ramai sedangkan ramai yang tidak tahu saya dan ahli kumpulan Caliph Buskers memang selalu bergurau dan lepak bersama.

“Mungkin juga disebabkan terlalu biasa bergurau dengan mereka, perkara yang tidak diingini seperti itu telah berlaku.

“Saya ada buat pemohonan maaf secara langsung dalam program MeleTOP selain turut bersemuka dengan Caliph Buskers sendiri dan mereka agak terkejut apabila saya mohon maaf.

“Sebelum orang kritik lagi saya sedar apa yang saya buat lawak itu salah. Saya minta maaf bukan kerana kritikan orang ramai sebalik kerana merasa tindakan saya sangat melampau,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Nabil yang baru pulang dari mengerjakan ibadah Haji berjanji akan lebih berhati-hati terutamanya apabila menyentuh hal berkaitan kekurangan seseorang selepas ini. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon