jobs from my.neuvoo.com

15 Oktober, 2015

Suspek rogol budak empat tahun ditahan

New Delhi: Polis semalam menahan suspek utama dalam kejadian rogol kejam membabitkan budak perempuan berusia empat tahun yang dikelar selepas dinoda dan ditinggalkan di landasan kereta api lama.

Mangsa yang masih di dalam unit rawatan rapi bermain berhampiran rumah keluarganya di kawasan miskin di New Delhi sebelum dilaporkan hilang, Jumaat lalu.

Menurut laporan media, mangsa mengalami kecederaan dalaman teruk selain dikelar menggunakan objek tajam.

Seorang pegawai polis kanan yang enggan dikenali berkata: “Kami menahan suspek utama, penganggur lelaki berusia 25 tahun.

“Dia biasa datang ke kawasan itu dan dikenali mangsa. Kami kini menyiasat sama ada dia mempunyai rekod jenayah seks.”

Polis percaya kes membabitkan lebih daripada seorang suspek, tetapi setakat ini baru menahan lelaki terbabit.

Sementara itu, ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal berkata, kecederaan dialami kanak-kanak itu amat teruk. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85010#sthash.NUW0eB5Y.dpuf


EmoticonEmoticon