jobs from my.neuvoo.com

31 Oktober, 2015

Tendang kemaluan bekas suami, terselamat dari 'diratah' tubuh

SUNGAI BULOH: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bekas suaminya cuba memperkosa mangsa dalam kejadian di rumahnya di Paya Jaras, di sini kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik daripada 'diratah’ bekas suaminya itu apabila nekad menendang kemaluan suspek sekuat hati, sebelum sempat melarikan diri untuk meminta bantuan.

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 39 tahun pada mulanya dikatakan mahu menghantar semula anak mereka yang berusia lapan tahun ke rumah bekas isterinya selepas kanak-kanak itu tinggal sementara bersamanya.

Menurut sumber polis, suspek dikatakan berpura-pura meminta izin untuk menggunakan tandas, sebelum bertindak memeluk bekas isterinya yang berusia 35 tahun yang berada di dapur.

Lebih memalukan, suspek turut menampar dan mengarahkan bekas isterinya diam, sebelum mendukung mangsa masuk ke dalam bilik tidur.

“Bagaimanapun, wanita itu menendang kemaluan suspek sebaik dia diletakkan di atas katil sebelum melarikan diri menggunakan pintu belakang rumah,” satu sumber polis dilaporkan berkata.

Difahamkan, kedua pasangan itu bercerai sejak lima tahun lalu dan hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isterinya.

Mangsa berkata kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku. Malah, suspek turut mengugut mahu datang kembali ke rumah itu.

- mD


EmoticonEmoticon